• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Dicabul Kenalan Wechat di Miri

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang remaja perempuan dari Kampung Pangkalan Lutong di sini menjadi mangsa cabul kenalan lelaki yang baru dikenalinya selama lima hari melalui aplikasi sembang WeChat.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata kejadian berlaku pada 10.30 malam Rabu lepas apabila suspek, seorang lelaki berusia 20 tahun pergi ke rumah mangsa berumur 16 tahun itu.

“Suspek menarik tangan mangsa dan mengajaknya ke bilik tidur namun mangsa enggan menuruti kemahuan suspek, bagaimanapun suspek terus memaksa dan menarik tangan mangsa ke bilik.

“Apabila sampai ke bilik, suspek terus menanggal baju mangsa sehingga bogel, abang mangsa tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu dan ternampak suspek lalu terus menumbuk muka suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khoo berkata akibat pergelutan dengan suspek, mangsa mengalami kecederaan di belakang badan dan hasil pemeriksaan dilakukan di Hospital Miri, mangsa tidak dirogol kerana tiada sebarang koyakan pada selaput dara.

“Suspek kini sedang diburu, siasatan awal mendapati mangsa tidak pernah keluar dengan suspek,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Khoo berkata polis kini sedang mengesan seorang suspek lelaki rakyat tempatan berusia 28 tahun dari Rumah Ulat Sungai Manong, Niah kerana mengugut untuk mencederakan ibu kandungnya.

Beliau berkata ibu kandung suspek berusia 48 tahun telah membuat laporan polis pada 11 pagi semalam setelah anaknya mengancam untuk menembaknya dengan senapang guli kerana enggan memberikan wang kepada suspek.

“Suspek adalah seorang penganggur dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, ini bukan kali pertama suspek bertindak demikian,” katanya. – BERNAMA

Tags: cabulwechat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd