• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM10K Ganjaran Tangkap Pemburu Gading Gajah

oleh AK-47
07/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang dapat memberikan maklumat sahih membabitkan insiden dua spesies gajah mati akibat pemburuan haram untuk gading berhampiran Sungai Segama baru-baru ini.

Penolong Pengarahnya, Dr. Sen Nathan berkata pihaknya akan memberi ganjaran wang tunai sebanyak RM10,000 kepada individu yang dapat memberi maklumat tepat dan sahih berkaitan pemburuan haram berkenaan.

“Ganjaran itu untuk pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan dan hukuman ke atas pemburu haram berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat tepat dan sahih berkaitan perkara itu boleh menghubungi Jabatan Hidupan Liar Sabah di talian 013-5441980.

Pada 1 Januari lepas, pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) menemukan dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawag.

Insiden pertama membabitkan seekor gajah jantan yang ditemukan mati pada 27 Disember 2016 di tengah-tengah kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kawag.

Gajah jantan kedua yang dijumpai dan dipercayai mati pada 31 Disember 2016 pula merupakan gajah bergading bernama Sabre yang sebelumnya diselamatkan dari ladang dekat Tawau dan dipindahkan ke Hutan Simpan Kawag tiga bulan lalu selepas dipasang kolar satelit oleh DGFC dan WRU. – BERNAMA

Tags: gading gajahpemburu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekebun Parah Terkena Peluru Sesat Pemburu

17/01/2019
0

SEORANG pekerja kebun cedera di bahagian leher dipercayai terkena peluru sesat ketika sedang membersihkan kebun buah-buahan di belakang Taman Kinta...

Lelaki Tertembak Mati Rakan Semasa Berburu

23/10/2018
0

KAPIT - Seorang lelaki tertembak rakannya ketika berburu di kawasan Lubuk Nabau, Sungai Sut, Balleh, dekat sini petang semalam. Mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd