• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penceramah Bebas Didenda RM900 Kes Ajar Tanpa Tauliah

oleh Ahmad Albab
06/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang penceramah bebas didenda RM900 di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Senawang, malam tadi.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor, membuat keputusan itu selepas Kadaryono Hafizh Nursalam, 62, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati mengajar agama tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah di surau Taman Alamanda, Senawang dekat sini, pada 8.27 malam tadi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2004, yang membawa hukuman denda maksima RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pendakwa Syarie Kanan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Zarul Izham Jaapar, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.

“Seksyen ini juga digubal bertujuan mengawal penceramah dan mengelak penyebaran unsur-unsur yang tidak baik terutama di luar fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Hamizan kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM900 selepas tertuduh tidak mahu membuat rayuan.

Kadaryono yang tidak diwakili peguam, membayar denda tersebut. – BERNAMA

Tags: dendapenceramah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd