• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AKPK Selesaikan 11,935 Kes Berjumlah RM488 Juta

oleh Ahmad Albab
05/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya membantu 11,935 individu menyelesaikan sepenuhnya hutang mereka berjumlah RM488 juta melalui program pengurusan kredit (PPK) setakat 30 Nov, 2016.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Othman Aziz berkata sejumlah 505,069 individu telah menghadiri program khidmat kaunseling AKPK sejak 2006 sehingga November 2016, dan daripada jumlah itu, 167,060 individu menyertai PPK.

Beliau berkata sebanyak 70 peratus daripada penghutang yang menyertai program PPK berumur antara 30 dan 50 tahun yang tidak dapat membayar hutang kad kredit mereka.

“Perangkaan AKPK menunjukkan perancangan kewangan yang lemah merupakan masalah kewangan utama yang dihadapi oleh pelanggannya, menyumbang 49.3 peratus daripada kes yang diterima, diikuti kegagalan atau kelembapan dalam perniagaan (15.2 peratus), kos sara hidup yang tinggi 12.3 peratus), perbelanjaan perubatan yang tinggi (10.9 peratus),” katanya pada sidang akhbar selepas melawat AKPK di sini hari ini.

Beliau berkata bantuan kewangan dan kesedaran yang disediakan agensi telah membantu mengurangkan kes muflis dalam negara.

AKPK yang ditubuhkan pada April 2006, merupakan anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia dan menyasar untuk menyediakan platform bagi individu dan bakal peminjam mendapatkan nasihat serta bantuan dalam mengurus kewangan dan hutang mereka.

Ia turut menyediakan perkhidmatan lain seperti program pengurusan kredit, kaunseling dan pendidikan kewangan secara percuma.

Pada masa ini terdapat 11 cawangan AKPK di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: AKPKHutang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd