• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Pendekatan Sederhana Tangani Isu Hubungan Kaum

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umno sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional (BN), perlu mengambil pendekatan bersederhana dalam menangani isu-isu berkaitan hubungan kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata ini termasuk dalam berdepan dengan golongan ekstrem dan rasis, yang dikhuatiri akan mengguris perasaan orang Melayu serta menimbulkan ketegangan antara masyarakat majmuk di negara ini.

“Saya menekankan kesederhanaan atau wasatiyah sebagai satu prinsip supaya dalam apa jua tindakan kita perlu bersederhana, seimbang dan juga lebih menjurus kepada kecemerlangan.

“Bukan bererti kita bersederhana dalam bekerja atau berusaha tetapi mesti mencapai kecemerlangan. Konsep ini yang saya cuba bawa,” katanya dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan akhbar itu hari ini.

Perdana Menteri berkata pendekatan lain menangani isu-isu antara kaum ialah  Umno harus kekal sebagai sebuah parti yang ‘centrist’ (kelompok tengah) yang tidak keterlaluan atau ekstrem.

Najib menarik perhatian bahawa Umno juga bersetuju menggubal perlembagaan yang merupakan cerminan kepada kontrak sosial, sebagai kompromi kepada kepelbagaian kaum di negara ini.

“Kita sudah mula langkah itu bersandarkan kepada prinsip wasatiyah sejak dahulu. Cuma kita tidak gunakan istilah wasatiyah. Namun, sejak mula UMNO ditubuhkan telah ditetapkan negara ini berlandaskan pada perlembagaan yang bersifat sederhana sehingga sekarang.

“Saya tidak fikir kita perlu alih haluan atau landasan kerana ini telah ditentukan sejak dahulu lagi,” jelas Najib.

Menyentuh aspek sokongan kaum Cina, Najib yang juga Pengerusi BN berkata ada sedikit perubahan positif, tetapi masih belum sampai ke tahap yang diharapkan.

Mengambil isu sekolah Cina sebagai contoh, beliau berkata adalah mustahil untuk mendapatkan kembali sokongan kaum itu sekiranya ada suara dalaman yang mahukannya ditutup.

Najib berkata dalam sistem demokrasi terbuka, penting bagi BN untuk membuat keputusan secara kolektif yang akhirnya akan membawa manfaat kepada semua parti komponen.

“Kalau langkah kita menyebabkan sokongan kepada Umno dan BN menurun, tentu sekali apa yang kita lakukan tidak memberi faedah kepada kita. Orang putih kata lose, lose tapi kita win, win. Jangan kita lose, lose. Kalau kita lose, lose nanti hendak masuk pilihan raya, kita akan berhadapan dengan kesukaran,” katanya.

Mengenai soal perpaduan melalui pendidikan dan langkah ke arah sekolah satu aliran, Najib berkata sesuatu keputusan yang dibuat haruslah tidak mendatangkan mudarat kepada negara, sama ada dari segi hubungan kaum hatta dalam BN sendiri.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mahu sekolah Cina meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan yang merupakan alat perpaduan, yang boleh membantu ke arah memupuk persefahaman antara kaum.

“Saya sedar ini bukan satu keadaan yang ideal, tetapi sudah kita warisi. Tidak boleh rombak balik apa yang telah diputuskan sewaktu Malaysia merdeka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd