• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Terus Menurun

oleh Ahmad Albab
05/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menurun kepada 8,313 orang berbanding 9,816 orang malam tadi dan cuaca yang dilaporkan semakin baik sejak malam tadi, dijangka mengurangkan bilangan mangsa banjir menjelang petang ini.

Ketika ini 2,414 keluarga masih ditempatkan di 117 pusat pemindahan di tujuh daerah negeri itu. 

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, daerah Hulu Terengganu yang teruk terjejas sebelum ini semakin pulih dengan penurunan jumlah mangsa iaitu 1,289 orang (437 keluarga) berbanding 2,780 orang (956 keluarga) malam tadi.

Daerah Besut yang sebelum ini merekodkan jumlah mangsa tertinggi merekodkan sedikit pengurangan iaitu 4,200 orang (1,197 keluarga) masih berada di 54 pusat pemindahan daerah itu.

Semalam, terdapat 4,226 orang (1,207 keluarga) di 57 pusat pemindahan di Besut.

Di Setiu juga terdapat sedikit penurunan iaitu 1,146 orang (327 keluarga) berbanding 1,338 orang (409 keluarga) diikuti Kemaman iaitu 566 orang (153 keluarga) berbanding 598 orang (161 keluarga) malam tadi.

Bagaimanapun, Dungun terus mencatat sedikit kenaikan iaitu 925 orang (249 keluarga) berbanding 763 orang (205 keluarga) malam tadi. 

Begitu juga di Kuala Terengganu, mangsa meningkat sedikit kepada 148 orang berbanding 72 orang namun Marang kekal tidak berubah dengan 39 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan yang sama iaitu di Sekolah Kebangsaan Pasir Putih.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan tiada sungai yang melepasi tahap bahaya setakat pagi ini. – BERNAMA 

Tags: mangsa banjirTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd