• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTI Ugut Adakan Demonstrasi Bantah Pembinaan Insinerator

oleh Ahmad Albab
23/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) menggugut mahu mengadakan demonstrasi ke atas Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
‘
Ahli Jawatankuasa KTI, Lai Yak Guan mendakwa, pihaknya telah banyak kali menghantar surat kepada KPKT untuk mengadakan dialog bersama dengan penduduk tempatan tetapi tidak dihiraukan Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Ahli KTI juga menyerah surat rasmi kepada wakil Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Arfah Abdul Razak semasa aktiviti Hari Kitar Semula Kebangsaan yang diadakan di Taman Tasik Seri Serdang pada Sabtu lalu tetapi Menteri tidak pernah memberi sebarang balasan setakat ini.

“Jika Abdul Rahman terus mengabaikan suara yang membantah projek loji pembakaran, KTI akan mengadakan demonstrasi,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yak Guan mendakwa, KTI sedang mendapatkan sokongan pertubuhan antarabangsa dan bertemu Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Terhadap Kesihatan, Dainius Pūras mengenai isu itu baru-baru ini.

Beliau turut mendakwa penyelaras media KTI sedang menuju ke Filipina untuk bertemu dengan pegawai tempatan GAIA (Global Anti-Incinerator Alliance) kerana negara itu telah meluluskan Akta Udara Bersih pada tahun 1999 yang melarang sebarang loji pembakaran dibina di Filipina.

“Kami juga akan menghubungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mendapatkan maklumat menganai kesan kesihatan yang diakibatkan oleh loji pembakaran,” dakwanya.

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Buat Kiraan Matematik: RM14 bilion Untuk Tiga Tahun Cuma RM4.7 bilion Setahun?

Netizen Buat Kiraan Matematik: RM14 bilion Untuk Tiga Tahun Cuma RM4.7 bilion Setahun?

23/06/2026
0

MUAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan yang lebih tinggi kepada Johor berbanding hasil...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd