• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Curi Di Parkir, Pekerja Kilang Mozek Dipenjara 12 Bulan

oleh AK-47
04/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Gara-gara mencuri pelbagai jenis barang bernilai lebih RM10,000 di tiga tempat parkir, seorang pekerja kilang mozek dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh di sini hari ini.

Majistret Norina Maludin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Lem Kian Lee, 40, dari Muar, Johor selepas dia mengaku bersalah mencuri barang-barang bernilai RM10,000 dari dalam kereta milik Harith Abd Halim, 34.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat parkir No, 149, Level 4, The Shore, Jalan Bunga Raya, di sini, antara 5 petang, 13 Disember tahun lepas, dan 12.30 tengah hari, 14 Disember tahun lalu.

Bapa tiga anak itu turut didakwa mencuri komputer riba milik A. Gunalan, 36, di tempat parkir Level 3, Hotel The Shore, di sini pada 11 Disember tahun lepas.

Dia juga didakwa mencuri tujuh jenis barang bernilai RM100 termasuk lampu LED, kasut dan beg milik Mohd Marzuki Mehat, 36, di tempat parkir Level 2, Hotel Bay View, Jalan Bendahara, di sini, pada 12 tengah hari, 9 Disember lepas.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudian, hendaklah dikenakan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mahkamah memerintahkan hukuman terhadap lelaki itu berjalan serentak mulai tarikh tangkapan pada 15 Disember tahun lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Peguam H.K. Goh yang mewakili Lem merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang minimum atas alasan perlu menanggung tiga anak berusia antara tujuh dan 13 tahun selain perlu menjaga ibu bapa yang telah uzur. – BERNAMA

Tags: curidipenjaramozek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd