• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Sedia Bas Sekolah Percuma Untuk Murid PPR, PA

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiap tahun Hamidah Abdul Latif perlu membelanjakan lebih RM2,000 bagi membiayai tambang perkhidmatan bas sekolah tiga anaknya untuk berulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari.

“Itu belum termasuk perbelanjaan dan komitmen lain seperti sewa rumah, perbelanjaan dapur, yuran sekolah dan sebagainya… tambang sekolah saja sudah memakan lebih 10 peratus gaji saya dan suami,” luah pembantu kedai berusia 38 tahun itu ketika ditemui Bernama di projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini, Rabu.

Kini dengan adanya perkhidmatan bas sekolah secara percuma yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk anak-anak penghuni PPR dan Perumahan Awam (PA) bermula semalam, Hamidah boleh menarik nafas lega kerana beban yang ditanggung selama ini dapat dikurangkan.

Hamidah merupakan antara ibu bapa 6,500 anak-anak penghuni yang mendapat manfaat itu.

Sebanyak 165 bas disediakan oleh kerajaan bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di 74 buah PPR dan PA di sekitar ibu negara melibatkan peruntukan RM80 untuk setiap pelajar.

DBKL Sedia Bas Sekolah Percuma Untuk Murid PPR, PA

Bagi Kamal Abdullah, 42, perkhidmatan itu meringankan beban golongan kurang berkemampuan sepertinya yang sebelum ini terpaksa berulang-alik dari tempat kerja bagi menghantar dan mengambil dua anaknya yang bersekolah sesi pagi.

“Sebelum ini, saya terpaksa ‘curi masa’ rehat untuk ambil mereka pulang ke rumah pada tengah hari tapi sekarang boleh bergantung harap pada bas sekolah percuma,” katanya yang tinggal di PPR Air Panas di sini.

Pekerja hotel, Ahmad Razif Omar, 47, pula berkata beliau bersyukur memandangkan pengangkutan tersebut lebih selamat dinaiki berbanding menghantar dua anaknya menaiki motosikal dalam satu masa seperti sebelum ini.

“Kami juga kenal dengan pemandu yang tinggal di perumahan sama, jadi rasa lebih selamat dan terjamin untuk anak ulang-alik dengan bas sekolah,” katanya.

Sementara itu, pengusaha bas, Mohd. Izwan Abd. Rahman turut memuji inisiatif kerajaan itu namun mencadangkan DBKL mengatur perjalanan bas lebih selaras agar perkhidmatan itu dapat dimanfaatkan secara optimum.

“Di PPR Pantai Ria ini sudah ada 10 bas tapi pihak pengurusan letakkan 10 lagi bas tambahan sedangkan sudah mencukupi menyebabkan bas tidak penuh.

“Keadaan ini mungkin merugikan… selain itu pihak pengurusan juga perlu menyalurkan maklumat secara lebih jelas kepada ibu bapa contohnya nombor bas untuk elak kekeliruan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bas sekolahDBKL
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd