• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantahan Rafizi Terhadap Afidavit LTAT Ditolak

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak bantahan awal anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli terhadap pemfailan afidavit jawapan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang melebihi tempoh masa.

Peguam Saiful Izham Ramli yang mewakili Mohd Rafizi berkata anak guamnya mengemukakan bantahan itu kerana pemfailan melebihi tempoh masa menyalahi peruntukan mandatori di bawah Aturan 32 Kaedah 12(2)(b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Beliau berkata mahkamah mengakui wujud kekeliruan di dalam arahan mahkamah ketika pengurusan kes itu pada 12 Ogos tahun lepas menyebabkan LTAT memfailkan afidavit jawapannya melebihi tempoh masa.

“Oleh itu mahkamah telah menolak bantahan awal Mohd Rafizi dan menerima afidavit jawapan LTAT,” katanya kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar.

Saiful Izham berkata Mahkamah Tinggi juga menetapkan 16 Feb bagi mendengar permohonan Mohd Rafizi untuk membatalkan sebahagian daripada pernyataan tuntutan LTAT.

Peguam Izzat Othman yang mewakili LTAT mengesahkan perkara itu.

Pada 6 Mei 2016, LTAT memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Rafizi berhubung kenyataannya mengenai bayaran gratuiti kepada pesara tentera dan mendakwa kenyataan itu berniat untuk menjatuhkan imej baik, maruah dan reputasi LTAT.

LTAT menuntut ganti rugi am, teladan, dan perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Dalam pernyataan tuntutannya, LTAT mendakwa Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Bayaran gratuiti pesara angkatan tentera lewat; LTAT perlu dedahkan risiko kewangan akibat 1MDB’ di dalam laman blog dan laman Facebooknya pada 21 Mac 2016.

Ia juga menyatakan pada 24 Mac 2016 melalui laman sesawang Malaysiakini, Mohd Rafizi telah mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘Rafizi: I have document showing LTAT’s link to 1MDB’.

Pada 28 Mac 2016, Mohd Rafizi didakwa mengulangi kenyataannya di laman Facebooknya yang bertajuk ‘Laporan ketua audit negara ke atas 1MDB mengesahkan kesan masalah kewangan 1MDB ke atas LTAT”.

Plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Mohd Rafizi menuduh LTAT secara tidak langsung atau secara sindiran, tidak menjaga faedah, kebajikan dan tidak mempunyai wang untuk membayar pesara tentera.- BERNAMA

Tags: LTATRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd