• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Selamatkan 2 Kru Kapal Asing Yang Cedera

oleh Ahmad Albab
04/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pelayaran ihsan untuk menyelamatkan dua anak kapal dagang asing yang cedera di perairan Tanjung Penawar, Kota Tinggi, dekat sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata dua kru itu yang merupakan lelaki warga Filipina dikenali sebagai Jomar B Dapilaga dan Carl Lan Bachinilla, kedua-duanya berusia 26 tahun.

Kedua-duanya, masing-masing cedera di bahu dan kaki ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dalam kapal MT MIA-S yang sedang berlayar dari Thailand ke Singapura.

Menurut Amran, selepas panggilan kecemasan diterima pada 3.40 petang, dua bot ronda APMM ditugaskan ke tempat kejadian bagi memindahkan kedua-dua mangsa yang ketika itu berada pada kedudukan 1.2 batu nautika selatan Tanjung Setapa.

“Bot tiba di Jeti Marina Tanjung Pengelih pada 9.45 malam dan mangsa kemudiannya dibawa pihak ambulans Klinik Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan selanjutnya,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: anak kapalAPMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd