• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penempatan Orang Asli Pos Kemar Bebas Malaria

oleh AK-47
03/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Penempatan Orang Asli Pos Kemar dekat sini disahkan bebas wabak malaria, demikian menurut Pemangku Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Rahimi Goon.

Beliau berkata kes terakhir positif wabak itu dikesan pada 21 Dis lepas dan kini hanya seorang pesakit yang masih menerima rawatan iaitu di Hospital Gerik.

“Pesakit itu telah sihat, tiada komplikasi namun masih perlu menjalani rawatan untuk tempoh 14 hari lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyertai lawatan Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Datuk Saarani Mohamad di sini hari ini.

Malaria daripada spesies Plasmodium vivax (P.vivax) mula dikesan di Pos Kemar pada 16 Nov lalu melibatkan tiga orang penduduk Kampung Senangit.

Menjelas lanjut, Dr Rahimi berkata sejak kes dikesan, sebanyak 137 orang telah dimasukkan ke Hospital Gerik dan Hospital Kuala Kangsar kerana positif malaria daripada keseluruhan 4,189 penduduk Pos Kemar yang diperiksa.

Dr Rahimi berkata pihaknya telah menjalankan saringan malaria termasuk mengambil sampel darah di sembilan buah kampung di penempatan Pos Kemar untuk memastikan wabak tersebut tidak berulang.

“Pengambilan sampel itu berakhir pada dua hari lepas telah dihantar ke makmal untuk ujian dan keputusannya masih belum diperoleh,” katanya.

Ketika diminta mengulas laporan sebuah stesen televisyen berbayar yang menyatakan pihak Jabatan Kesihatan Perak tidak melakukan sebarang tindakan, Dr Rahimi berkata kenyataan tersebut tidak tepat.

“Banyak yang telah dilakukan termasuk tindakan kawalan seperti kawalan pembiakan larva, penyemburan racun dari rumah ke rumah sehingga malaria berjaya dikawal dalam masa sebulan lebih,” katanya.

Sementara itu, Saarani yang bertanggungjawab terhadap masyarakat Orang Asli di Perak memuji kecekapan Jabatan Kesihatan kerana berjaya mengekang malaria di Pos Kemar daripada merebak ke penempatan lain, termasuk di Pos Banun dan Pos Dala, kedua-duanya terletak di sini.

Katanya semua penduduk Pos Kemar yang terjejas malaria juga diberi satu bantuan makanan dikenali sebagai ‘kotak makanan’ setiap seorang berbanding satu kotak bagi setiap keluarga sebelum ini.

Pada lawatannya hari ini, Saarani menyampaikan 140 kotak makanan kepada penduduk Kampung Senangit. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Rahimi GoonKes Malaria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

26 Kes Malaria Dilaporkan Di Terengganu

26 Kes Malaria Dilaporkan Di Terengganu

01/06/2023
0

HULU TERENGGANU: Sebanyak 26 kes malaria dilaporkan di Terengganu bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Pengarah Jabatan...

1,447 Kes Malaria, 7 Kematian Dicatatkan

1,447 Kes Malaria, 7 Kematian Dicatatkan

17/07/2022
0

IPOH: Sebanyak tujuh kematian kes malaria dilaporkan Kementerian Kesihatan berlaku di seluruh negara bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd