• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Penipuan Pakej Umrah YBNT Dijangka Lapor Polis

oleh AK-47
02/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Lebih ramai mangsa penipuan pakej umrah yang diuruskan Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) dijangka tampil membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata setakat kelmarin pihaknya telah menerima 40 laporan berhubung kes penipuan itu yang melibatkan 4,000 mangsa dengan nilai wang kutipan sebanyak RM14.2 juta sejak 21 Nov lepas.

Menurut Mohd Zamri, pihaknya mendapati ramai mangsa tampil membuat laporan selepas tersebarnya berita dua suspek terlibat dengan kes tersebut ditahan minggu lepas.

“Bilangan mangsa yang membuat laporan dijangka meningkat berdasarkan senario semasa dengan lima laporan diterima kelmarin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minggu lalu, polis mendapatkan perintah tahanan reman empat hari ke atas dua lelaki termasuk seorang pengarah bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah anjuran YBNT membabitkan kira-kira 4,000 mangsa dengan nilai jutaan ringgit.

Suspek masing-masing berusia 28 tahun dan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Mohd Zamri berkata dua suspek utama dalam kes tersebut ada membuat tiga laporan polis kerana mendakwa menerima ugutan.

“Polis percaya ugutan tersebut dilakukan oleh mangsa yang berang kerana merasakan tertipu dan inginkan wang mereka dipulangkan,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan Seksyen 506/427 kanun sama kerana ugutan dan khianat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pakej UmrahPenipuanYBNT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd