• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Baru Betul Penunggang Agama…

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah mahu mendakwa usaha menumbangkan kerajaan Malaysia perlu dilakukan kerana ia merupakan tuntutan agama Islam.

Ketua Pemudanya, Mohd. Sany Hamzan mendakwa kononnya kerajaan sedia ada perlu diubah dan digantikan dengan sebuah kerajaan yang baharu dalam kalangan pemimpin lain.

Beliau turut memetik sepotong ayat suci yang bermaksud Allah S.W.T tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.

“Keadaan negara yang semakin tenat menuntut kepada perubahan rakyat secara total terutama golongan muda. Islam sendiri mengajar kita untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan menjatuhkan kebathilan yang berlaku.

“Kerajaan yang ada pada hari ini sejak turun temurun telah gagal untuk membawa aspirasi rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ironinya, PAN merupakan salah sebuah anggota Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti DAP.

Umum mengetahui tentang hasrat DAP mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular mutlak sejak berpuluh tahun lalu.

Malah, DAP adalah penentang kuat kepada usaha memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah seperti yang diusulkan di Parlimen baru-baru ini.

Dakwaan kononnya kerajaan sedia ada sejak turun temurun gagal membawa aspirasi rakyat juga satu tuduhan yang melampau.

Realitinya, rakyat Malaysia sedang menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding beberapa negara lain termasuk dalam aspek keselamatan, kebebasan dan ekonomi. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di media sosial berkata, Rukun Negara yang sering dibaca dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd