• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Trafik Cedera Dilanggar Mat Rempit Di Bayan Baru

oleh Ahmad Albab
01/01/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang anggota polis trafik cedera dilanggar mat rempit yang cuba meloloskan diri daripada sekatan di susur Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Baru dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, Konstabel Muhammad Ameer Jamalidan bersama sepasukan polis sedang menjalankan Op Ambang Tahun Baharu dan Op Samseng Jalanan di kawasan Bayan Lepas serta Bayan Baru.

“Anggota polis itu cuba menahan dan menghentikan sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang seorang remaja lelaki tetapi penunggangnya cuba meloloskan diri sebelum melanggar mangsa.

“Ekoran kejadian itu, remaja lelaki 17 tahun dan masih bersekolah itu terjatuh di atas jalan sebelum ditahan polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata anggota polis yang dilanggar itu mengalami kecederaan pada kening kiri, hidung serta patah gigi dan dihantar ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini untuk rawatan.

Anuar berkata siasatan awal mendapati remaja lelaki itu mempunyai lesen memandu dan dia kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam operasi yang bermula 10 malam Sabtu hingga 6 pagi tadi, sebanyak 149 buah motosikal diperiksa dan 35 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta jenayah.

“Dalam operasi itu, kami turut memeriksa 223 orang termasuk 21 wanita dan semua mereka berusia 14 hingga 35 tahun. Polis menahan tiga lelaki kerana positif dadah,” katanya.

Katanya sebanyak 137 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi itu. – BERNAMA

Tags: polis trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

Dua Polis Trafik Perlis Ditahan, Peras Ugut, Pukul Warga Asing

Dua Polis Trafik Perlis Ditahan, Peras Ugut, Pukul Warga Asing

20/07/2024
2

Kangar: Dua anggota trafik Perlis direman selama tiga hari hingga Isnin bagi membantu siasatan kes pemerasan dan mengasari seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd