• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Lemas Ketika Mandi Di Pantai Tanjung Balau

oleh AK-47
01/01/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Kegembiraan sembilan anggota keluarga berkelah di pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, di sini, petang semalam, bertukar tragedi apabila seorang daripadanya lemas.

Mangsa, D.Usha Letchumi, 31, yang beralamat di Taman Saleng Baru, Senai, meninggal dunia ketika diberi bantuan pernafasan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang ketika wanita tersebut sedang mandi manda bersama lima anggota keluarganya.

“Ketika mereka sedang asyik mandi-manda, ombak besar muncul secara tiba-tiba menyebabkan mangsa yang merupakan seorang pekerja kilang dilihat terkapai-kapai lemas sebelum ditarik seorang anggota keluarga ke tepi pantai.

“Pihak bomba telah bertindak memberi bantuan pernafasan, namun, Usha Letchumi kemudian disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan (MA) Klinik Bandar Penawar,” katanya dalam satu kenyataan.

Rahmat berkata ketika kejadian, keadaan laut bergelora dengan angin kencang dan ombak setinggi satu hingga dua meter.

Beliau berkata bendera merah turut diletakkan di pantai sebagai amaran larangan kepada pengunjung untuk bermandi manda.

Mayat Usha Letchumi kemudian dibawa ke Unit Forensik Kesihatan, Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat, katanya. – BERNAMA

Tags: lemasTanjung Balau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd