• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM: Keselamatan E-Rokok Masih Belum Disahkan

oleh AK-47
09/10/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai terutamanya pengemar rokok elektronik dan vape untuk tidak menggunakan produk tersebut kerana keselamatannya masih belum dapat disahkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, KKM menjelaskan kerajaan mengambil berat terhadap kesihatan rakyat termasuk perokok dan ingin memastikan produk e-rokok yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan.

“Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-rokok perlu membuat permohonan untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-rokok.

“Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-rokok kerana keselamatannya belum disahkan,” katanya.

Jelasnya, pengedar rokok elektronik atau e-rokok perlu berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum menjual produk mereka kepada orang ramai.

Menurutnya, kelulusan produk e-rokok itu perlu memenuhi semua prosedur untuk pengesahan keselamatan produk tersebut sama seperti pendaftaran untuk bahan racun dan ubatan.

“Setakat ini tiada e-cigarette yang telah mendapat pendaftaran dan kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kerana keselamatan produk tersebut tidak dapat dijamin,” katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tiga kementerian diberi tanggungjawab untuk mengawal selia penggunaan rokok elektronik dan vape iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kementerian Kesihatan dipertanggungjawab mengawal selia penjualan cecair yang mengandungi nikotin di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952, menjadikan penjualan sediaan yang mengandungi nikotin hanya dibenarkan oleh farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan.

Kementerian itu juga bertanggungjawab mengawal selian penjualan, promosi dan pelabelan yang berkaitan dengan kesihatan bagi cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape selain larangan merokok termasuk larangan penggunannya bagi orang di bawah umur. – MYNEWSHUB.CC

FEATURED IMAGE ATTRIBUTED TO https://vaping360.com/

Tags: Kementerian Kesihatanrokok elektronikvape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd