• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Kereta Guan Eng Diparkir Haram (Lagi!) Jadi Viral

oleh Ahmad Albab
27/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kereta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi mendapat perhatian oleh pengguna media sosial.

Kali ini kenderaan rasmi Lim itu dilihat dipakir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

Laporan mengenai kesalahan meletakkan kenderaan di lokasi larangan itu dibuat di laman Facebook Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Watch.

Gambar yang menunjukkan Mercedes-Benz S300  yang diletakkan di luar depoh itu menjadi viral dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial.

Lim Kereta.jpg

Difahamkan gambar itu diambil ketika Lim menghadiri majlis pelancaran program Urban Xchange yang merupakan festival seni jalanan antarabangsa pertama di Malaysia pada Jumaat lalu.

Pengadu juga mendakwa pegawai penguatkuasa MPPP tidak mengambil sebarang tindakan apabila mereka melihat kenderaan Lim itu dipakir di kawasan berkenaan.

Pada Julai lalu, kereta rasmi ketua menteri itu turut menjadi bahan berita apabila gambar kenderaan itu yang dipakir di zon larangan pakir di sebuah pusat beli-belah di Jalan Datuk Keramat di sini dimuat naik ke Facebook.

Beliau bagaimanapun menafikan keretanya diletakkan secara haram dan berkata pengurusan gedung beli-belah itu memberitahu pemandunya bahawa beliau dibenarkan meletakkan kenderaannya di situ.

Pada Ogos tahun lalu, Lim turut menjadi sasaran pengguna media sosial apabila gambar-gambar kereta rasminya yang dipakir secara haram di Campbell Street dimuat naik ke Facebook. – mStar

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd