• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sazali Terpaksa Tunggu Sehingga 2019

oleh AK-47
28/12/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh bina badan negara, Sazali Samad terpaksa menunggu sehingga 2019 sebelum kembali semula ke pentas antarabangsa selepas Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) menolak rayuan kedua yang difailkan atlet berkenaan, hari ini.

Jawatankuasa Rayuan PBBM yang dipengerusikan Naib Presiden PBBM, Datuk Masood Zainal Abidin, sebulat suara menolak rayuan kedua yang difailkan Juara Mr Universe 10 kali itu selepas mendapati justifikasi yang dinyatakan Sazali dalam surat rayuannya tidak kukuh.

Keputusan tersebut menyaksikan Sazali akan meneruskan hukuman penggantunggannya sehingga September 2019.

Setiausaha Kehormat PBBM, Kamaruzaman Kadir berkata keputusan itu adalah muktamad memandangkan Sazali menggunakan bahan terlarang jenis steroid.

“Alasan rayuan kedua iaitu merujuk kes doping angkat berat sebagai contoh adalah tidak bersesuaian memandangkan sukan angkat berat dan bina badan adalah berbeza,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

PBBM pada 31 Mac lalu menolak rayuan yang dikemukakan Sazali pada 9 Januari selepas digantung empat tahun oleh PBBM ekoran gagal dalam ujian doping kendalian Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) pada 1 September 2015.

Sazali gagal dalam ujian doping apabila bahan terlarang jenis steroid yang terkandung dalam sampel air kencingnya dalam ujian sebelum menyertai satu pertandingan antarabangsa pada 1 Sept lepas. – BERNAMA

Tags: Jaguh bina badanPBBMSazali Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Sazali Mahu Rujuk Kes Ke CAS Perkara Sia-Sia

29/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor menyifatkan tindakan Sazali Samad yang bercadang untuk merujuk kes...

Sazali Samad Rayu Ringankan Tempoh Penggantungan

06/12/2016
0

KUALA LUMPUR - "Beri saya peluang kedua...ringankanlah tempoh penggantungan saya," kata juara Mr Universe 10 kali, Sazali Samad. Setelah rayuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd