• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Janji Bantu PFA Terus Beraksi Dalam Liga Malaysia 2017

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Harapan penyokong skuad Singa Utara menyaksikan pasukan mereka beraksi dalam Liga Malaysia 2017 kembali bersinar selepas Perdana Menteri berjanji membantu masalah kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Bekas Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan persetujuan untuk membantu semasa mesyuarat Kabinet minggu lepas.

“Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyebut jumlah bantuan atau dana yang akan disumbangkan kepada PFA,” katanya ketika mengulas hasrat PFA menarik diri daripada Liga Malaysia 2017 kerana masalah kewangan, di sini malam tadi.

Shahidan yang juga penasihat PFA turut meminta PFA menimbang semula hasrat menarik diri daripada menyertai liga yang bermula Februari depan berikutan perkembangan itu.

Katanya beliau memahami pengorbanan Presiden PFA, Datuk Rozabil Abdul Rahman yang mengeluarkan jutaan ringgit sejak menerajui PFA tiga tahun lepas termasuk membayar sewa padang untuk latihan.

“Walaupun Perdana Menteri bersetuju membantu, beliau (Rozabil) masih perlu mendapatkan dana ataupun tambahan tajaan supaya PFA tidak menghadapi kemelut kewangan di pertengahan jalan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahidan menyokong cadangan melantik Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sewaktu kongres persatuan itu tahun depan.

Menurut Shahidan, TMJ layak menerajui FAM kerana kesanggupannya berkorban untuk kemajuan bola sepak tanah air, selain agresif dan berani melontar pandangan untuk melonjakkan bola sepak ke tahap baharu.

“TMJ juga telah mencipta ‘pasaran baharu’ bola sepak tanah air seperti yang dilakukan kelab Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd