• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Perlu Utama Perjuangan, Ikhlas Khidmat

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat mengingatkan pemimpin akar umbi supaya tidak membelakangkan prinsip membela nasib rakyat hanya kerana tergoda dengan imbuhan yang ditawarkan pihak lain.

Beliau berkata mereka sepatutnya ikhlas dan yakin dengan ganjaran yang akan diperoleh daripada Allah ketika berkhidmat kepada rakyat.

“Jangan mudah tergoda hanya kerana ringgit, jangan kita jadi tali barut, jangan kita jadi talam dua muka, jangan kita jadi gergaji dua mata, kerana anda semua adalah pemimpin. Jangan gadaikan tanah air kita.

“Jangan jadi pemimpin yang menganiaya rakyat untuk kepentingan peribadi sebaliknya berjuang dengan ikhlas dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan,” katanya katanya ketika berucap pada Himpunan Tahunan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Bersama Datuk Hamisa Samat di sini, malam tadi.

Menurutnya pemimpin akar umbi adalah harapan rakyat dan menjadi jambatan utama penghubung antara kerajaan dengan rakyat yang berperanan besar membantu menyelesai pelbagai isu dihadapi rakyat.

Dalam pada itu, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu, menasihatkan pemimpin dan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan janji pihak tertentu yang menabur pelbagai janji. – BERNAMA

Tags: Kerajaanpemimpin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

PRN: Pakatan Harapan Yakin Rampas Johor, Pertahan Negeri Sembilan

PRN: Pakatan Harapan Yakin Rampas Johor, Pertahan Negeri Sembilan

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yakin gabungan politik tersebut akan mendapat sokongan majoriti rakyat Johor dan Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd