• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Ibu Pasangan Kembar Disemadikan Awal Pagi Tadi

oleh Ahmad Albab
28/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Jenazah ibu pasangan kembar tiga yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kilometer 3.8, Jalan Tampin-Gemas, Negeri Sembilan, Sabtu lalu selamat disemadikan awal pagi tadi.

Jenazah Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serating kira-kira pukul 2 pagi.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.35 petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan.

Ibunya, Kalsom Ludi, 61, berkata dia menerima khabar duka berkenaan kira-kira pukul 1.40 petang daripada anak sulungnya menerusi panggilan telefon.

“Sebelum itu anak meminta mak cik membaca surah Yasin dan mendoakan arwah.

Mak cik sempat membaca sebanyak dua kali sebelum menerima berita kehilangan itu,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serating, pagi tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang itu mengorbankan empat sekeluarga iaitu Mohd Fadzil Jusoh (suami Wan Suhana), 37, ibunya, Nazipah Chik, 60, serta dua daripada tiga anak kembar pasangan itu, Nur Farhana dan Muhammad Farhan, berusia setahun.

Selain itu, seorang lagi kembar, Muhammad Fahimi telah dibenarkan keluar wad manakala adik Mohd Fadzil, Nursyuhaidah Jusoh, 23, yang cedera dan sebelum ini dirawat di HTJ, dipindahkan ke Hospital Kuantan.

Kalsom berkata kali terakhir bersama anak, menantu dan cucunya ialah ketika mereka pulang pada Aidilfitri lalu dan selebihnya hanya menatap gambar pasangan kembar serta bertanya khabar menerusi telefon.

Mengimbas kenangan lalu, beliau berkata pasangan suami isteri itu begitu teruja bila dimaklumkan mengandung kembar tiga selepas menanti hampir 10 tahun.

“Masa tahu mengandung mereka sangat teruja setelah sekian lama menanti…syukur mereka berpeluang dan merasai untuk bergelar ibu dan bapa walaupun hanya setahun,” katanya.

Sementara itu, kakak mangsa Wan Sumazliza, 35, berkata seminggu sebelum kejadian dia sempat berbual dengan Wan Suhana menerusi laman sosial Facebook yang mengatakan akan pulang ke kampung selepas bercuti di Johor. – BERNAMA

Tags: jenazahkemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd