• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SIC Tidak Tutup Kedai – Razlan

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan tetap beroperasi walaupun ia tidak lagi menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kontraknya tamat pada tahun 2018.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Razlan Razali berkata keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui kontrak dengan Pengurusan Formula Satu tidak akan menjejaskan penggunaan litar itu yang masih menerima banyak respons untuk penganjuran pelbagai acara, termasuk aktiviti bukan berbentuk sukan.

“Tidak benar kami akan tutup kedai jika F1 tidak dianjurkan selepas 2018 kerana hampir 90 peratus daripada litar kami digunakan untuk pelbagai aktiviti setiap tahun.

Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) akan menjadi acara utama kami selepas 2018 kerana acara itu sendiri berjaya menarik banyak peminat setiap tahun tetapi kami tetap melihat kepada usaha untuk menambah baiknya memandangkan kami baharu menandatangani lanjutan kontrak (dengan pemegang hak MotoGP, Dorna Sports) sehingga 2021,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata jualan tiket untuk MotoGP Malaysia 2017 dijangka diumumkan pada pertengahan Januari tahun depan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata negara ini tidak lagi akan menjadi tuan rumah kepada perlumbaan F1 selepas kontraknya tamat pada 2018.

Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM300 juta saban tahun untuk perlumbaan F1, tetapi pulangannya kurang daripada jumlah yang dibelanjakan.

Dalam perkembangan lain, Razlan berkata SIC akan bekerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team untuk mengeluarkan lebih banyak pelumba muda untuk menggantikan pelumba sedia ada.

Beliau berkata tujuh pelumba muda yang dipilih daripada Kejohanan Piala Bakat Asia akan menjalani latihan intensif di bawah Boon Siew Honda Team pda Januari ini, yang mana hanya pelumba terbaik akan diberi peluang untuk bertanding sama ada dalam Kejohanan Motosikal Repsol CEV FIM atau Kejohanan Dunia Moto3 dari 2018 dan seterusnya.

“Kami tidak mempunyai pelumba yang mampu bertanding di kejohanan yang lebih tinggi, tahun depan, justeru kami perlu melatih mereka dari sekarang. Diharap, perkongsian ini akan membolehkan kami menarik lebih banyak bakat yang baik untuk bertanding dalam kejohanan peringkat lebih atas,” kata Razlan. – BERNAMA

Tags: Datuk Razlan RazaliF1SIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piastri Ungguli GP China

Piastri Ungguli GP China

23/03/2025
0

SHANGHAI: Pelumba Australia, Oscar Piastri bangkit daripada kekecewaan perlumbaan pembukaan musim di laman sendiri dengan memenangi Grand Prix China untuk...

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd