• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Khidmat DUN Manir Pergiat Usaha Bantu Rakyat

oleh AK-47
27/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir akan mempergiatkan usaha membantu rakyat selaras pengiktirfan sebagai pusat khidmat DUN terbaik diumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 awal bulan ini.

Pegawai Penyelaras DUN Manir Yusof Awang Hitam berkata pengiktirafan itu memberinya suntikan motivasi untuk terus membantu rakyat di kawasan DUN Manir agar mereka dapat menikmati hidup yang selesa di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Saya berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi parti yang telah mengiktiraf usaha kami di pusat khidmat DUN Manir selama ini… ini melonjakkan lagi semangat kami untuk terus menganjurkan pelbagai program bermanfaat untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pengiktirafan itu diumumkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 awal bulan ini hasil pemilihan yang dilakukan Jabatan Penaziran Politik UMNO dan Biro KPI UMNO pusat.

Mengulas lanjut, beliau berkata DUN Manir telah berada di bawah pimpinan PAS sejak 30 tahun lalu, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat tanpa mengira latar belakang politik penduduk di kawasan itu.

“Sebagai contoh, Pusat Rawatan Perubatan Masyarakat Percuma Yusof Awang Hitam yang saya buka sejak 2009 bertujuan meringankan beban kewangan penduduk terutama keluarga kurang berkemampuan.

“Di klinik itu, ubat-ubatan yang diberi juga adalah percuma,” katanya.

Yusof yang dilantik sebagai pegawai penyelaras DUN Manir sejak 2008 berharap penduduk DUN Manir akan mengundi dan memberi kemenangan kepada UMNO dan BN pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Selain perkhidmatan rawatan kesihatan secara percuma, aktiviti menziarahi pesakit kronik, golongan miskin dan menghadiri kenduri yang diadakan penduduk juga menjadi rutin hariannya bagi memastikan kebajikan rakyat Manir sentiasa terbela. – BERNAMA

Tags: DUN Manir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd