• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib: Formula E Promosikan M’sia Di Persada Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Kejohanan FIA Formula E terus diadakan di Malaysia agar dapat menjadi sukan bermotor berkuasa elektrik yang popular di samping mempromosikan negara di persada antarabangsa.

Menyifatkan penganjuran julung kali kejohanan Formula E di Malaysia itu sebagai amat berjaya, beliau berkata kejohanan itu telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelumba dan peminat sukan bermotor tempatan dan luar negara.

“Harapan saya ialah kita dapat teruskan agar ia mendapat sambutan sebab ia mengambil masa beberapa tahun supaya ia menjadi lebih mantap dan popular,” katanya kepada Bernama selepas menyaksikan perlumbaan di litar jalanan Putrajaya di sini hari ini.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada juara pusingan kedua Kejohanan FIA Formula E 2014/2015, Sam Bird dari Britain.

Hadir sama menyaksikan perlumbaan itu termasuk bekas perdana menteri, Tunc Dr Mahathir Mohamad, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata berdasarkan maklum balas dan reaksi daripada pelumba, mereka menyatakan rasa puas hati dengan litar perlumbaan di Putrajaya itu.

“Mereka kata ia (trek) adalah antara yang terbaik,” ,” katanya yang sebelum itu telah di bawa bertemu dengan para pelumba sebelum perlumbaan.

“Pemenang pun berkata perlumbaan di sini agak menarik,” katanya.

Perdana Menteri juga melahirkan rasa gembira apabila kejohanan itu mendapat sambutan apabila kira-kira 91,000 rakyat tempatan dan luar negara hadir menyaksikan perlumbaan tersebut.

Beliau berkata kejohanan antarabangsa itu turut mendapat liputan meluas daripada 120 stesen televisyen di seluruh dunia.

“Dengan ini, ia dapat mempamerkan Malaysia dan Putrajaya khususnya kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.

Perlumbaan Formula E adalah kejohanan baharu FIA melibatkan kereta elektrik sepenuhnya yang berlangsung di litar jalanan di 10 bandar raya utama di seluruh dunia termasuk Beijing, Berlin, London dan Miami.

Putrajaya dengan litar jalanan sepanjang 2.56km adalah venue kedua kejohanan selepas Beijing, China pada 13 Sept lepas.

Sebanyak 20 pelumba bertaraf antarabangsa daripada 10 pasukan bersaing menggunakan kereta berkuasa elektrik.

Sementara itu, Dr Mahathir berharap Malaysia terus menganjurkan  Formula E kerana ia dapat mempromosikan Malaysia di peringkat antarbangsa.

“Kejohanan ini adalah sesuatu acara yang amat baik. Orang ramai boleh melihat Putrajaya dan meningkatkan minat pelancong untuk datang ke Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd