• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kedah Tahan 18 GRO Warga Asing

oleh AK-47
26/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lapan belas pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang leka melayan tetamu yang datang berhibur sempena perayaan Krismas ditahan Jabatan Imigresen Kedah dalam Ops Gegar di Taman Bandar Mergong, di sini malam tadi.

Dalam serbuan pukul 11.35 malam yang turut disertai anggota Imigresen Putrajata itu, mereka yang ditahan terdiri daripada 17 wanita Thailand dan seorang wanita China berusia antara 21 dan 38 tahun.

Seorang lelaki Thailand berusia 51 tahun yang bekerja sebagai deejay di pusat hiburan tersebut turut ditahan.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata, pihaknya juga merampas kad perakam waktu, wang komisen yang dibayar kepada wanita warga asing dan wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM16,065.

“Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya melanggar syarat pas diberikan dan tiada permit yang sah.

“Dua warga tempatan dipercayai pengurus pusat hiburan serta juruwang turut ditahan sebelum dibebaskan atas jaminan polis,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua tahanan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: GROwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd