• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Kesuburan Mahu Jamal Minta Maaf Pada Siti

oleh AK-47
26/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN dikeluarkan Datuk Jamal Yunos terhadap Datuk Siti Nurhaliza yang berbaur sindiran ‘tajam’ kepada penyanyi nombor satu negara itu telah mencetuskan kekecohan pelbagai pihak.

Kaitan: Siti Nurhaliza Tak Terkesan Dengan Sindiran Jamal

Biarpun Siti tenang menangani serangan seksis tersebut, banyak pihak khususnya golongan ibu dan wanita tersinggung dengan kenyataan ‘tak berapa subur’ yang digunakan oleh ketua gerakan Baju Merah itu.

Menurut mereka, ia bukan hanya memberi kesan kepada Siti malah ia juga boleh membuatkan ribuan pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata berkecil hati.

Perkara ini turut mendapat perhatian daripada perintis rawatan kesuburan di Malaysia, TMC Fetility Centre yang menyifatkan kata-kata sinis daripada Jamal itu adalah keterlaluan dan merupakan satu penghinaan terhadap lelaki dan wanita yang berusaha keras untuk menjadi ibu bapa.

Katanya, Jamal perlu memohon maaf bukan saja kepada Siti tetapi juga semua wanita yang terpaksa berdepan kesakitan mental dan emosi kerana gagal hamil.

“Sudah jelas, kehendak untuk mempunyai keluarga ialah naluri utama yang tidak mudah ditahan, dan wanita berdepan masalah sukar hamil tidak patut disalahkan kerana gagal melahirkan anak,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik portal Free Malaysian Today.

Pengurus komunikasinya menjelaskan sindiran Jamal memberi kesan mendalam terhadap pasangan yang berkali-kali gagal mendapatkan anak dan ada pasangan mengalami keretakan rumah tangga kerana masalah ini.

“Masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki, bukan saja wanita.

“Jamal perlu meminta maaf kepada Siti dan semua wanita kerana komennya yang menghina itu dan memandang remeh perkara yang dia sendiri tidak faham,” katanya.

Datuk Siti Nurhaliza, 37, yang berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa sebelum ini pernah berkongsi kesedihannya kerana masih gagal untuk mengandung.

Tahun lalu, penyanyi itu mendedahkan mengalami keguguran dan hanya sempat bersama kandungannya itu selama dua bulan sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Tags: airDatuk Jamal Md YunosDatuk Siti Nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

26/09/2023
0

PUTRAJAYA: Penggunaan air untuk tujuan tidak penting seperti menyiram rumput dan taman mungkin akan dikenakan sekatan selepas ini, terutama ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd