• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Tun M Konon BR1M Rasuah Tak Masuk Akal

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad konon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan rasuah adalah tidak masuk akal.

“Tafsiran Mahathir mengenai rasuah jelas amat jauh berbeza daripada kita semua. Tidak pernah kita dengar sesuatu yang begitu tidak masuk akal,” kata Salleh dalam catatan di blog beliau di http://sskeruak.blogspot.my/, hari ini.

Salleh berkata, kerajaan Malaysia telah menyalurkan pelbagai bantuan kebajikan sejak sekian lama iaitu sebelum Mahathir dilantik menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau berkata sejak tahun 2000, Terengganu pun pernah memberikan bantuan langsung kepada penduduk di negeri itu dalam pelbagai bentuk, sama seperti BR1M.

“Wang Ehsan diputuskan oleh Mahathir yang membiayai program bantuan khas Terengganu itu. Selepas melaksanakan Wang Ehsan dan program bantuan di Terengganu pada 2000, Mahathir kini menukar pendirian dan mengutuk BR1M,” katanya.

Media tempatan semalam melaporkan Mahathir mendakwa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan dengan itu salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Sementara itu, Salleh turut bertanya kepada Mahathir bahawa sekiranya pembangkang berkuasa adakah semua bantuan dan program kebajikan akan dihapuskan, dan pada masa yang sama menggesa Mahathir memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

“Bagaimana anda sanggup klasifikasikan program bantuan sebagai rasuah? Adakah potongan dan rebat cukai juga rasuah? Bagaimana pula dengan zakat dan kebajikan? Semuaya adalah dalam bentuk bantuan sama seperti BR1M.

“Apabila orang lain terima bantuan Mahathir kata ia rasuah. Bagaimana pula apabila keluarganya sendiri menjadi kaya raya dan anak-anak lelakinya menjadi jutawan? Apa yang kita gelar itu? Mahathir tidak akan kata BR1M adalah rasuah jika anggota keluarganya sendiri menerimanya,” kata Salleh. – BERNAMA

Tags: BR1Mrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd