• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cendawan Volvariella Jana Pendapatan Lumayan

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Berbekalkan iltizam tinggi, seorang siswazah Pengajian Media dari Universiti Malaya tekad untuk berkecimpung dalam projek tanaman cendawan Volvariella sehingga mampu mencapai pendapatan RM4,500 sebulan.

Sarah Hussain, 32, dari Kampung Bukit Murai, Mukim Padang Pusing, di sini berkata dia mengusahakan tanaman tersebut secara perkongsian bersama abangnya, Omar, 51, dan sepupunya, Khairul Azmi Rejab, 26, di kebun getah seluas kira-kira 0.4 hektar milik keluarganya bermula Oktober lalu.

Melalui bimbingan dan bantuan Jabatan Pertanian daerah berupa tandan kelapa sawit yang dijadikan medium tanaman, dan anak benih, Sarah tekad mengikuti kursus tanaman yang diadakan di sini.

“Sebanyak 32 batas cendawan disediakan dengan setiap batas dapat menghasilkan kira-kira lima hingga tujuh kilogram cendawan selepas 10 hari benih ditabur,” katanya kepada Bernama.

Cendawan Volvariella atau biasanya dipanggil cendawan jerami diperkenalkan kepada pekebun kecil sebagai tanaman alternatif bagi menambah pendapatan mereka.

cendawan2

Sebelum ini, ia ditanam menggunakan jerami padi sebagai medium tanaman, namun kini lebih mudah apabila tandan sawit yang hanya perlu diperap digunakan sebelum disusun untuk dijadikan batas penanaman.

Sarah berkata setiap bulan mereka mampu mengutip kira-kira 300 hingga 400 kilogram cendawan Volvariella dengan pendapatan kasar sekitar RM4,500 hingga RM5,000 sebulan (sekali pusingan tanaman).

Sementara itu Omar berkata sambutan terhadap cendawan Volvariella amat menggalakkan dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat serta pengusaha restoran.

“Cendawan ini mempunyai khasiat yang tinggi dan boleh dijadikan hidangan untuk keluarga serta produk hiliran lain seperti produk kecantikan serta dijadikan serunding,” katanya.

Omar berkata kebun cendawannya kini turut menjadi projek perintis bagi daerah Pendang dan pusat rujukan kepada mereka yang ingin mendapat khidmat nasihat mengenai tanaman cendawan jenis itu. – BERNAMA

Tags: cendawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga!

‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga!

06/11/2025
0

️ ‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga! Oleh Mynewshub LUSAKA, 5 November – Di...

Penduduk Nampak Letusan Bentuk Cendawan Sebelum Api Marak

Penduduk Nampak Letusan Bentuk Cendawan Sebelum Api Marak

01/04/2025
1

SUBANG JAYA: Ada penduduk berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, mendakwa melihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd