• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Terbabit Nahas Tiada Rekod Kesalahan – JPJ

oleh Ahmad Albab
26/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam, tidak memiliki sebarang kesalahan dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron berkata berdasarkan semakan JPJ, pemandu bas berkenaan, Zakeer Zubir, 32, yang turut maut dalam kejadian itu, didapati tidak mempunyai saman tertunggak, selain rekod bersih.

“Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan pemeriksaan Puspakom pemandu bas berkenaan juga masih sah dan aktif,” katanya kepada pemberita selepas Op Jalan Fasa Satu JPJ, di Jalan Bangsar, di sini malam Sabtu.

Dalam kejadian awal pagi semalam itu, bas berkenaan terjunam ke dalam cerun dan merempuh benteng konkrit di Kampung Jayor di KM 137.3 berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh, menyebabkan 14 orang maut dan 16 cedera.

Bagaimanapun, Nadzri berkata hasil semakan rekod JPJ, syarikat pengendali bas berkenaan iaitu Goldstar Express (M) Sdn. Bhd. didapati memiliki lapan saman tertunggak antara 2014 dan November 2015.

“Lapan saman tertunggak syarikat bas itu adalah hanya daripada JPJ sahaja… Kami masih menunggu rekod saman daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) sekiranya ada,” katanya.

Beliau berkata JPJ akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan PDRM untuk menyiasat punca kemalangan tragis itu.

“Ya, JPJ bersama PDRM dan Miros akan melakukan siasatan terperinci mengenai kemalangan bas terbabit manakala perkembangan laporan siasatan insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, dalam Op Fasa Satu, Nadzri berkata JPJ telah memeriksa 816 motosikal dan daripada jumlah tersebut sebanyak 243 notis dikeluarkan untuk pemeriksaan spesifikasi yang tidak mematuhi peraturan JPJ.

Operasi yang bermula 8 malam dan berakhir 11.20 malam tadi itu melibatkan 63 anggota terdiri daripada JPJ, PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Antidadah Kebangsaan. – BERNAMA

Tags: bas ekspresJPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd