• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lesen Pengendali Bas Terbabit Nahas Digantung – SPAD

oleh
26/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn. Bhd., pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di Km137.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kampung Jayor, Pagoh Johor pagi tadi, digantung serta-merta.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil sehingga siasatan lengkap atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan membolehkan siasatan daripada agensi-agensi yang terlibat dilakukan.

“Siasatan sedang diketuai oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), manakala SPAD akan menyiasat pelanggaran syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP),” katanya di sini, hari ini.

SPAD berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap sebarang pelanggaran amalan keselamatan dan tindakan keras di bawah peruntukan undang-undang akan dikenakan sekiranya pengendali bas gagal mematuhinya.

“Keselamatan penumpang merupakan keutamaan di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali SPAD, semua pengendali pengangkutan awam darat perlu mendukung standard tertinggi di dalam mengendalikan kenderaan mereka.

“Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen pengendali dan permit pengendali yang didapati telah melanggar keperluan keselamatan yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali,” kata kenyataan itu.

Awal hari ini, bas berkenaan terjunam ke dalam curam setinggi 10 meter di Kampung Jayor, berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh menyebabkan 14 maut dan 16 cedera. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautNahas Bas Ekspres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd