• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Visa Kemasukan Pelajar Asing Diperketat

oleh Ahmad Albab
24/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperketat syarat pemberian visa kemasukan pelajar asing ke negara ini.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah berkenaan bagi memastikan penuntut berkenaan tidak terlibat dan menyebarkan sebarang aktiviti keganasan khususnya melibatkan militan Daesh di negara ini.

“KPT tidak mengeluarkan visa kemasukan pelajar berkenaan ke negara ini kerana yang meluluskan adalah KDN dan Jabatan Imigresen. Cuma ia dilaksanakan di EMGS (Education Malaysia Global Services)… ada pegawai imigresen yang bertugas.

“Ini sebagai langkah mengekang aktiviti keganasan dalam kalangan penuntut asing di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Kelestarian Alam Sekitar Bersama Komuniti “Rawatan Air Menggunakan Mud Ball” di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan tujuh lelaki pada 3 Nov hingga 16 Dis lepas kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan, dengan dua daripadanya adalah warga asing yang menuntut di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di Shah Alam, Selangor.

Dua penuntut berkenaan telah disingkirkan daripada universiti berkenaan.

Idris berkata KPT juga meningkatkan pemantauan terhadap pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara bagi memastikan mereka juga tidak terlibat dalam aktiviti keganasan.

“Setakat ini kita belum lagi menerima sebarang laporan penglibatan pelajar kita di luar negara dalan aktiviti keganasan tetapi pemantauan secara berterusan dilakukan oleh para pegawai kita termasuk KDN dan imigresen,” katanya.

Berhubung cadangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mahu sukatan subjek Akidah di Mediu dikaji semula dan ditambah baik, beliau berkata KPT perlu menunggu keputusan tersebut daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan MAIS.

“Ini dalam bidang kuasa MAIS dan kita masih menunggu keputusan daripada mereka sebab MQA tidak boleh buat sebarang buat keputusan tanpa persetujuan MAIS sama ada subjek berkenan ada kaitan dengan ajaran sesat atau tidak,” katanya. – BERNAMA

Tags: pelajarVisa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd