• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Teruskan Operasi Resort Walau Diarah Tutup 14 Hari

oleh AK-47
24/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Pemilik Sekin Fishermen Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak meneruskan operasi resortnya hari ini walaupun Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menyita dan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari bermula semalam.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mendakwa pihaknya telah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan, namun gagal memperolehi lesen sah kerana campur tangan politik pihak tertentu.

“Resort ini telah dibangunkan lapan tahun lalu dan mula beroperasi sejak 2011, persoalannya kenapa tidak diberi lesen oleh MDSB walaupun semua syarat telah dipatuhi?” katanya kepada pemberita di resort berkenaan di sini, hari ini.

Terdahulu, Jamal bertindak ‘merasmikan’ resort tersebut buat pertama kalinya sejak 2011 dengan memotong reben selain mengoyak notis arahan penutupan oleh MDSB.

Mengulas mengenai tindakan Pejabat Daerah dan Tanah yang merobohkan 11 bilik bangunan yang masih dalam pembinaan, Jamal berkata pihak berkenaan sepatutnya memberi notis terlebih dahulu sebelum merobohkan bangunan tersebut.

Jamal berkata peguamnya akan mendapatkan perintah mahkamah Isnin ini bagi menarik balik arahan sita dan penutupan resort itu.

Semalam, MDSB bertindak menyita resort seluas empat hektar yang mempunyai 100 unit bilik itu kira-kira pukul 10 pagi.

Yang Dipertua MDSB, Azlinda Azman berkata penutupan berkuat kuasa semalam itu dibuat mengikut Undang-undang Kecil 38, Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013 kerana menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md YunosHotel & Resort
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Kena Dakwa Lagi

13/09/2018
0

SUNGAI BESAR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengaku tidak bersalah terhadap dua...

Jamal Mohon Peguam Negara Gugur Kes

06/09/2018
0

PUTRAJAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menyerahkan surat rayuan kepada Peguam Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd