• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 4 Jualan Murah Setahun Berkuat Kuasa 2017

oleh Ahmad Albab
25/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mulai 1 Januari tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan murah sebanyak empat kali dalam setahun, mengikut tiga tarikh yang diwartakan oleh kerajaan dan satu kali mengikut pilihan peniaga, berbanding lima kali sebelum ini.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayuddin berkata kerajaan menetapkan jualan awal tahun dari 1 hingga 30 Mac, karnival jualan mega 1Malaysia dari 15 Jun hingga 31 Ogos dan jualan akhir tahun 1Malaysia dari 1 November hingga 31 Disember tahun depan.

“Pindaan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 ini merupakan inisiatif kerajaan agar kaedah pelaksanaan jualan murah di Malaysia lebih cekap dan efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemeriksaan harga barangan dan jualan murah di pasaraya AEON Cheras Selatan di sini hari ini.

Mohd Roslan berkata pindaan itu antara lain menyentuh mengenai jumlah barangan yang ditawarkan pada harga jualan murah sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kesemua jumlah barangan di premis terlibat.

“Kadar diskaun minimum pula sebanyak 10 peratus daripada harga barangan yang dibekalkan dan penetapan harga asas sebelum diberi pengurangan berdasarkan harga terendah yang pernah ditawarkan pada tiga bulan sebelumnya,” katanya.

Mengenai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas pula, Mohd Roslan berkata KPDNKK telah menjalankan pemeriksaan kawalan harga ke atas 6,569 premis di seluruh negara bagi tempoh 19 hingga 22 Disember.

“Dalam tempoh tersebut, hanya satu aduan melibatkan harga ayam dilaporkan di Selangor dan pegawai kami sedang menyiasat perkara itu,” katanya.

SKHMP dilaksanakan bermula 19 hingga 28 Disember melibatkan enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – BERNAMA

Tags: jualan murahKPDNKKpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd