• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Menyamar Polis & Samun Warga Asing Diberkas

oleh Ahmad Albab
22/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dan menyamun warga asing di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) dicekup ketika sedang menyamun dua warga Nepal di Taman Perwira, Simpang Empat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah SPT ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, dua suspek berusia 20-an telah ke rumah sewa dua lelaki Nepal berkenaan dengan sebuah motosikal.

“Mereka memperkenalkan diri sebagai polis kemudian terus meluru masuk dan mengacukan parang serta tukul kepada seorang daripada mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata seorang daripada suspek menggeledah bilik mangsa sebelum mengambil beberapa barang milik lelaki itu dan dalam masa sama rakan mangsa yang berada di bilik belakang rumah terdengar bunyi bising sebelum keluar untuk melihat apa yang berlaku.

Katanya rakan mangsa kemudiannya bertindak meluru ke arah dua lelaki itu sebelum berlaku pergelutan antara mereka hingga menyebabkan seorang daripada suspek cedera di kedua-dua belah tangan akibat terkena cermin pintu yang pecah.

Nik Ros Azhan berkata beberapa pelanggan sebuah restoran berhampiran rumah mangsa bergegas ke kediaman mangsa selepas terdengar bunyi bising sebelum membantu menangkap kedua-dua suspek berkenaan.

“Dua lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama orang ramai yang membantu menahan suspek,” katanya.

Katanya siasatan awal mendapati dua lelaki itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar daerah SPT dan menggunakan modus operandi sama dengan menyamar sebagai polis sebelum menyamun mangsa terutamanya warga asing.

Beliau berkata polis juga merampas beberapa barang dipercayai hasil samun antaranya ‘power bank’, jam tangan, beg sandang dan sebuah motosikal serta pisau pemotong daging dan tukul besi yang dipercayai digunakan ketika menyamun.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kedua-dua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan. Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: menyamarpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd