• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Diminta Pertimbang Tingkatkan Kadar Caruman KWSP

oleh Ahmad Albab
21/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk meningkatkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan pekerja berikutan peningkatan kos sara hidup kini, kata Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.

Beliau berkata peningkatan caruman itu bagi memastikan pekerja yang akan bersara mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyara kehidupan berikutan peningkatan kos sara hidup.

“Kalau kita lihat, jumlah caruman (terkumpul) bagi yang berpendapatan rendah pada umur 55 tahun tidak sampai RM50,000. Kalau hendak hidup 10 tahun lagi, cukupkah RM50,000 ini?

“Kerajaan harus mempertimbangkan supaya kadar caruman majikan dinaikkan daripada 13 peratus kepada sekurang-kurangnya 15 peratus dan bagi pekerja pula harus dinaikkan daripada 11 peratus kepada 12 atau 13 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat akhir mengenai ‘Konvensyen Perpaduan Nasional’ di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan sedang mengkaji mekanisme bagi memastikan pencarum KWSP mempunyai simpanan mencukupi untuk menyara hidup mereka selepas bersara.

Pada masa yang sama, Azih juga menegaskan bahawa Cuepacs tidak bersetuju dengan cadangan KWSP untuk melanjutkan umur bagi pengeluaran keseluruhan simpanan persaraan kepada 60 tahun.

“Beri opsyen kepada pencarum untuk menentukan bila dia nak keluar (simpanan KWSP)… Jangan esok kalau dia mati, langsung tak dapat,” katanya.

Sementara itu, Azih yang juga Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen Perpaduan Nasional berkata sebanyak 320 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengesahkan kehadiran untuk konvensyen itu pada Ahad di Pusat Islam di sini.

“Konvensyen ini akan mengupas semua perkara daripada perlembagaan sampai kepada kontrak sosial yang merangkumi soal ekonomi, politik dan pendidikan yang menjurus kepada kepentingan perpaduan di negara kita,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 25 peserta telah menawarkan diri untuk membahaskan penyediaan memorandum perpaduan yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan agung Umno minggu depan.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan merasmikan konvensyen itu. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd