• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JBPM Bina Semula 62 Rumah Mangsa Kebakaran

oleh Ahmad Albab
21/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membantu membina sebanyak 62 buah rumah mangsa kebakaran yang miskin dan susah melibatkan kos hampir RM2 juta di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2012.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Amer Yusof berkata bantuan rumah tiga bilik untuk mangsa kebakaran yang menepati kriteria tertentu itu dibina sendiri kakitangan jabatan dan siap dalam tempoh antara 30 dan 40 hari.

“Kami mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam usaha mendapatkan bantuan berkenaan dan jabatan kami menyediakan tenaga kerja secara bergilir dalam kalangan kakitangan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika kunci sebuah rumah yang dibina kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim kepada seorang ibu tunggal mangsa kebakaran, Ainul Mushida Mohd Isa, 57, di Kampung Sungai Limau, Lunas dekat sini.

Amer berkata bagi tahun ini, JBPM telah membina sebanyak 32 buah rumah berharga RM30,000 sebuah di Semenanjung dan RM42,000 sebuah di Sabah dan Sarawak. Rumah berkenaan turut dilengkapi perabot.

Katanya, rumah milik Ainul Mushida ini merupakan antara dua buah rumah yang dibina di Kedah dengan sebuah lagi di daerah Kota Setar.

Sementara itu, Ainul Mushida melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana mendapat bantuan rumah yang turut dilengkapi perabot.

“Saya dan keluarga amat berterima kasih atas sumbangan rumah yang bukan sahaja cantik binaannya tetapi akan menjadi tempat saya dan keluarga berteduh daripada hujan dan panas kerana selama ini saya menumpang di rumah keluarga,” katanya.

Ainul Mushida, bekas pekerja kilang berkata rumah asal milik keluarganya itu terbakar pada Jun 2013 dan beliau berpindah untuk menetap sementara waktu di Kuala Lumpur.

Beliau mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Nurul Syafawati Abu Amin, 30 yang bekerja sebagai seorang guru dan Awzani Yahaya, 18, yang masih belajar di sebuah kolej swasta. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd