• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekaan Eksotik Dihasilkan Daripada Ikan Mentah

oleh AK-47
22/12/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja nama Sarah Louise Bryan, pasti ramai dalam kalangan pereka fesyen mengenali individu wanita ini yang sememangnya tidak asing lagi dalam rekaan berbentuk eksotik atau pelik.

Terdahulu wanita yang berasal dari Wakefield, England ini pernah menjadi sensasi dan tular kerana mereka pakaian daripada gula-gula Skittles dan juga bulu ari-ari.

Terbaharu, Sarah sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila menghasilkan pakaian daripada ikan mentah.

Rekaan Eksotik Dihasilkan Daripada Ikan Mentah

Rekaan Eksotik Dihasilkan Daripada Ikan Mentah
Pakaian daripada gula-gula Skittles (kiri) dan bulu ari-ari (kanan).

Menurut ibu kepada dua orang anak ini memberitahu dia sendiri hampir muntah semasa menyiapkan rekaan ‘gila’ tersebut, lapor portal Berita Mediacorp memetik Daily Mail.

Jelas wanita itu, rekaan terbaharu yang dihasilkan itu adalah sebagai percubaan mereka sesuatu yang lebih gila berbanding yang pernah dicipta sebelum ini.

“Semua orang menantikan sesuatu yang lebih menjijikkan dan inilah yang paling menjijikkan.

“Apabila saya pulang ke rumah saya tidak dapat menghilangkan bau hanyir dan berasa agak loya sejak itu. Saya rasa saya akan berhenti makan ikan buat sementara waktu.”

Tambah wanita itu lagi, idea gila itu memerlukan perancangan berbulan-bulan untuk dihasilkan dan berjaya disiapkan dalam masa lima jam menggunakan 100 ekor ikan bawal, ikan kakap, ikan kembung dan sotong yang diperoleh dari kedai di kawasan kejiranannya.

Pakaian itu kini disimpan di dalam bilik beku di kedai berkenaan yang terletak di Ossett, Yorkshire.

Penghasilan pakaian daripada ikan mentah itu merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Sarah untuk memberi kesedaran kepada para nelayan bagi mengelakkan pembaziran makanan atau bahan mentah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: eksotikFashionikan mentahpakaianpelik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Seru Rakyat ‘Bangun Selamatkan Negara’ Kedengaran Pelik – Ti Lian Ker

PM Anwar Seru Rakyat ‘Bangun Selamatkan Negara’ Kedengaran Pelik – Ti Lian Ker

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk 'bangun selamatkan negara' mengundang persoalan daripada bekas...

Pakaian Seakan Berbogel, Stacy Jawab Kritikan Netizen

23/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Dikritik menggayakan pakaian seakan berbogel, penyanyi Stacy menjawab kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd