TAHNIAH diucapkan kepada pasangan Bollywood terkenal, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor yang pun selamat menimang cahaya mata sulung, semalam.
Kareena, 36, melahirkan bayi lelakinya di sebuah hospital di Mumbai, India kira-kira pukul 7.30 pagi waktu tempatan.

Menurut sumber terdekat, pasangan ini menamakan anak mereka sebagai Taimur Ali Khan Pataudi.
Pasangan ini turut meluahkan rasa penghargaan mereka terhadap media dan peminat yang menyokong mereka selama ini.
“Kami juga ingin ucap terima kasih kepada media kerana memahami dan sokongan yang diberi sepanjang tempoh sembilan bulan dan sudah tentu kepada peminat kami atas kasih sayang berterusan,” tulis satu kenyataan itu.
Sebelum ini, Saif pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amrita Singh dan dikurniakan dua cahaya mata.
Saif adalah anak kepada bekas kapten pasukan kriket India, Mansur Ali Khan Pataudi dan pelakon terkenal, Sharmila Tagore.
Manakala, keluarga Kareena Kapoor pula adalah keluarga berpengaruh dalam industri seni Bollywood. – MYNEWSHUB.CC