• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.6 Juta Kenderaan Dijangka Di Lebuh Raya PLUS

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1.6 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setiap hari pada waktu puncak menjelang cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu, bermula 23 Disember hingga 3 Januari, 2017.

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata jumlah itu meningkat 14 peratus berbanding jumlah kenderaan pada hari biasa iaitu 1.4 juta sehari berikutan cuti umum itu bersambung dengan cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

“PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2017 yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noorizah berkata TTA merupakan cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ia merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu puncak.

Menurut jadual TTA, pengguna dari Lembah Klang ke Perlis dan Kedah dicadang memasuki lebuh raya bermula 6 pagi hingga 10 pagi manakala waktu sesuai ke Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Perak (Tengah) adalah 10 pagi hingga 6 petang.

Bagi mereka yang menuju ke Perak (Selatan) dan Selangor disaran bergerak selepas 6 petang, ke Johor (6 pagi hingga 3 petang) dan ke Negeri Sembilan dan Melaka selepas 3 petang.

Sementara itu pengguna jalan raya dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Perak (Tengah), Perak (Selatan), Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka yang menghala ke Lembah Klang dicadang memasuki lebuh raya sebelum 11 pagi atau selepas 5 petang.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, mengikuti laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi ‘PLUS Mobile’ menerusi telefon pintar atau tablet. – BERNAMA

Tags: KenderaanLebuhraya PLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

Banyak Kenderaan Bunyi Hon Tanda Sokongan Ketika Melintasi Khemah Jentera BN

Banyak Kenderaan Bunyi Hon Tanda Sokongan Ketika Melintasi Khemah Jentera BN

16/07/2026
0

SEREMBAN – Banyak kenderaan yang melalui khemah jentera Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) membunyikan hon sebagai tanda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.