• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 2 Cedera Kenderaan Terjunam Dalam Sungai

oleh Ahmad Albab
21/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Dua maut manakala dua lagi terselamat selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di KM117.1 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Jambatan Mak Ikar, Kerteh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, menyebabkan mangsa Mohd Zul Hafiz Mohd, 27, dan Mohd Amirul Nazri Alias, 23, maut di lokasi kejadian.

Dua lagi penumpang belakang Muhammad Nazirul Iqram Maliki, 20, yang berasal dari Manir cedera di kaki dan tangan serta Abdul Halim Che Adri, 22, dari Kampung Menggabang Telipot cedera di kepala.

Difahamkan kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu oleh Mohd Zul Hafiz dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan terbabas, lalu naik ke pemisah jalan sebelum terjunam ke dalam sungai Mak Ikar.

Dua mangsa yang cedera berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala Mohd Zul Hafiz gagal diselamatkan akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Seorang lagi mangsa yang maut, Mohd Amirul pula ditemukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat kira-kira 11.06 pagi tadi di bawah kenderaan yang terbalik itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Katanya mayat kedua-kedua mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd