• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Elak Duti RM2 Juta Lebih 10 Juta Batang Rokok

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang pemilik gudang dan pengarah syarikat ejen penghantaran pengangkutan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu untuk mengelak duti Kastam berjumlah RM2.07 juta yang dikenakan ke atas lebih 10 juta batang rokok.

Tertuduh, Lui Poh Hong, 35, dan Tan Siew Ping, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah.

Mereka didakwa dengan niat bersama melakukan kesalahan itu di Gudang CFS 2, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini, kira-kira 11.30 pagi pada 13 Julai lepas.

Lui dan Tan didakwa mengikut Seksyen 135 (1)(g) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (1)(i)(aa) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20.7 juta (10 kali ganda nilai duti) dan maksimum RN41.4 juta (20 kali ganda nilai duti) atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mariam membenarkan Lui dan Tan dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 23 Feb depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor, Abdul Rasyiddi Ab. Drahman sementara kedua-dua individu berkenaan diwakili Peguam Datuk Ismail Badiuzzaman.

Terdahulu, Ismail memohon supaya kontena yang terlibat dalam kes itu dilepaskan atas alasan ia disewa oleh anak guamnya dan mereka perlu menanggung kadar sewa melebihi RM30,000 berikutan kontena berkenaan telah berada dalam simpanan pihak Kastam selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Rasyiddi berkata kes masih dalam siasatan dan sekiranya kontena itu dilepaskan, ia akan menjadi subjektif, justeru pihaknya perlu merujuk perkara itu kepada penasihat Undang-undang Kastam terlebih dahulu.

Ismail turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung beberapa isu dan fakta dalam kes itu.

Tambah beliau, Lui hanyalah pemilik gudang dan Tan bukan pemilik barangan yang terlibat dalam kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: KastamRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd