• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Jenayah Turun Persepsi Positif Tidak Meningkat

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun namun persepsi masyarakat terhadap kejayaan penurunan indeks itu tidak meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kadar jenayah telah berkurangan antara 4.2 peratus hingga 12.6 peratus dari 2011 hingga tahun lepas tetapi persepsi tidak meningkat kerana wujud prasangka terhadap pihak polis.

“Ada antara kita tidak mahu mengakui hakikat bahawa pihak polis telah menjalankan tugas dan pada waktu yang sama ada sesetengah media tidak mahu mengakui hakikat dan pencapaian ini,” katanya ketika menjawab soalan Senator Chia Song Cheng pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.

Chia ingin tahu statistik kadar kes jenayah seluruh negara dan usaha kementerian mengubah persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kejayaan penurunan ini hasil program penurunan kadar jenayah yang dilakukan Polis Diraja Malaysia dengan pelbagai pendekatan termasuk soal pencegahan, pembanterasan dan pendakwaaan.

“PDRM sentiasa berusaha untuk mengurangkan peratusan indeks jenayah ini dan komited untuk bekerjasama dengan seluruh agensi penguatkuasaan dalam menjayakannya,” katanya.

Kepada soalan tambahan Senator Datuk Megat Zulkarnain Wan Omardin mengenai peranan media massa yang memaparkan berita negatif mengenai keselamatan negara, Ahmad Zahid berkata berita negatif yang ditimbulkan itu tidak mustahil disertai dengan niat yang tidak baik.

“Meskipun berbeza pendapat, sesuatu fakta itu hendaklah diakui kebenarannya. Saya melihat situasi ini seperti mempolitikkan sesuatu yang ditolak sebagai fakta. Perkara sebegini perlu ditentukan oleh masyarakat sendiri untuk membuat penilaian yang objektif,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad Zahid berkata pelbagai langkah diambil dalam menangani kes jenayah termasuk memodenkan usahapencegahan jenayah, menambah aset dan peralatan dengan meletakkan kamera litar tertutup yang berteknologi tinggi di kawasan berisiko selain kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. – BERNAMA

Tags: JenayahZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd