• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi, Tayang No Plat Taktik Baharu Penyamun Kereta.. AWAS!

oleh AK-47
22/11/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pelbagai kaedah digunakan penjenayah untuk melakukan kegiatan curi kereta dan samun.

Terbaharu, kiriman WhatsApp yang kami terima mendedahkan taktik mengekori dan mencabut nombor plat pendaftaran kereta mangsa.

IMG-20141120-WA0004

Difahamkan, modus operandi penjenayah bermula dengan mengekori hingga kenderaan mangsa diparkir di sesuatu tempat.

Sejurus mangsa meninggalkan kenderaan, penjenayah akan menanggalkan no plat pendaftaran kenderaan mangsa.

Sebaik tiba, mangsa biasanya akan terus menaiki kenderaan dan bergerak tanpa memeriksa lanjut.

Maka di sinilah bermula, taktik kotor.

Mulanya penjenayah akan mengekori dan memotong kenderaan mangsa sambil menunjukkan no plat pendaftaran yang kononnya tercabut dan mahu dipulangkan.

Namun, di saat mangsa memberhentikan kenderaan dan hendak keluar bagi mengambil no plat berkenaan, penjenayah akan terus meluru sambil mengacu pistol dan ketika itu segala-galanya sudah terlambat.

Penjenayah tersebut bukan sahaja berkemungkinan merampas kenderaan, bahkan mungkin menculik mangsa bersama.

Taktik ini sememangnya licik kerana orang ramai pasti tidak mudah perasan satu jenayah sedang berlaku memandangkan mangsa sendiri yang memberhentikan kenderaan.

Jadi selepas ini jika terdapat individu memotong kenderaan lalu menayang no plat kereta anda sambil meminta supaya berhenti.. awas! Ia mungkin penjenayah yang sedang menjadikan anda target terbaharu mereka.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd