• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Jangka Menang, Faizal Tahir Balik Awal

oleh Ahmad Albab
20/12/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUMPUR – Penyanyi Faizal Tahir meminta maaf kerana pulang lebih awal sebelum diumum sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Sejati di Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) malam Ahad lalu.

Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, berkata, dia tidak menjangka memenangi kategori berkenaan kerana melihat saingannya untuk kategori itu juga hebat yang lebih layak menerima anugerah itu.

Trofi kemenangan bagi kategori itu diambil oleh wakil syarikat rakamannya Warner Music.

“Maafkan saya kerana saya betul-betul tidak jangka menang kategori ini, jadi selepas sahaja persembahan, saya minta izin pihak produksi untuk balik kerana ada urusan.

“Tapi dalam perjalanan mereka hubungi minta saya berpatah balik untuk mengambil trofi berkenaan,” ujarnya pada sidang media selepas acara yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Faizal mengucapkan terima kasih dan bersyukur apabila menjadi pilihan juri yang mengiktiraf lagu Sejati sebagai pemenang salah satu kategori utama itu.

Sementara itu, menjelaskan tentang lagu berkenaan, Faizal berkata, ia ditulis berkaitan hubungan dia dan tuhan.

“Ada masa-masa yang kita duduk sendirian dan menulis tentang sesuatu perkara, macam lagu ini liriknya saya interprestasikan tentang diri saya dan tuhan.

“Namun, terpulang kepada sesiapa yang mendengar dan buat interprestasi mereka sendiri,” ujarnya.

Faizal turut mengakui pada awalnya dia berasa ragu-ragu dan menganggap lagu tersebut berisiko untuk tidak diterima masyarakat. – mStar Online

Tags: AIMFaizal Tahir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AIM Salur RM980 Juta Bantu Usahawan Mikro

12/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sudah menyalurkan kira-kira RM980 juta pembiyaan kepada usahawan mikro di negara ini yang...

“Zamani Buat Saya Yakin Bergerak Solo” – Faizal Tahir

05/03/2019
0

PENYANYI dan komposer, Faizal Tahir tidak menduga dapat bekerjasama dengan penyanyi legenda, Zamani yang disifatkan sebagai individu penting dalam mencorakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd