• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Lancar Buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah

oleh
19/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku Pelan Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia 2016-2018, bertujuan memastikan impak pelaksanaan indeks itu terus ditambahbaik dan diperkasakan.

Perdana Menteri berkata penambahbaikan kepada dasar, program dan lapan bidang utama itu dirangka berdasarkan pengukuran atau skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia yang dicatat pada tahun lepas.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), selaku agensi penyelaras pelaksanaan indeks itu, menggariskan tiga pendekatan utama yang perlu dilaksanakan sebelum pembentangan laporan Indeks Syariah Malaysia bagi 2017, dilakukan tahun depan.

“Saya amat berbesar hati dari segi penjelasan, saya lihat usaha gigih yang telah dan sedang dilakukan Jakim bagi menerangkan maksud prinsip Maqasid Syariah berjaya.

“Sebab itu, kita perlu tetapkan apakah langkah atau tindakan susulan bagi menentukan dalam tempoh setahun akan datang tiga langkah penting iaitu di samping penjelasan dan pengukuran yang terus dibuat, kita juga terus melakukan penambahbaikan terhadap dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan,” katanya ketika melancarkan buku berkenaan di Seri Perdana di sini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha.

Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi menentu ukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan prinsip asas Islam iaitu Maqasid Syariah.

Lima elemen utama dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta merupakan kayu ukur utama yang akan digunakan untuk mengukur lapan bidang utama pentadbiran negara seperti pendidikan, perundangan Islam, politik, kesihatan, ekonomi, budaya, sosial serta prasarana dan persekitaran.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menarik perhatian bahawa usaha memperkukuh pelaksanaan prinsip Maqasid Syariah bukan bertujuan meraih keuntungan politik sebaliknya memperoleh keberkatan dalam pentadbiran kerajaan.

“Kita mempunyai impian besar untuk menjana nilai ekonomi berjumlah dua hingga tiga trilion dalam tempoh lapan tahun akan datang dan membawa negara menjadi antara 20 negara terbaik dunia pada 30 tahun dari sekarang…dan usaha perlu selari dengan prinsip Maqasid Syariah yang diterapkan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bukuNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Selangor mempersoalkan pengharaman dua buah buku berkisar tentang perjuangan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) yang...

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd