IPOH – Seramai 21 pelajar Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah (SMAIS) mencapai keputusan cemerlang 8A hingga 11A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini.
Pengetua sekolah berkenaan, Omar Bakar berkata, seramai dua orang pelajar menerima keputusan 11A, seorang pelajar menerima 10A, lima pelajar 9A manakala 13 pelajar menerima 8A dalam peperiksaan itu.
Menurutnya, sekolah berkenaan mencatatkan peratus kelulusan 100 peratus dan gred purata 2.10 .
“Terdapat peningkatan bilangan pelajar cemerlang pada tahun ini iaitu sebanyak 21 orang berbanding hanya 11 pada tahun lalu,” katanya. – myMetro Online

