• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Setuju Teruskan Pindaan Undang-Undang TPP

oleh
19/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas bersetuju untuk meneruskan pindaan undang-undang berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata persetujuan berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk meneruskan pindaan 18 undang-undang negara berkaitan TPP walaupun perjanjian itu diteruskan atau tidak.

Katanya, sebahagian undang-undang yang dipinda itu adalah undang-undang spesifik mengenai TPP sekiranya Malaysia menjadi ahli TPP dan sebahagiannya lagi merupakan undang-undang di mana kerajaan bersetuju untuk meminda dan ia tiada kaitan dengan TPP.

“Mesyuarat Kabinet pada Rabu lepas telah membuat keputusan untuk tetap meneruskan pindaan undang-undang berkaitan TPP seperti yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia mengenai undang-undang tidak membenarkan kanak-kanak bekerja,” katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengenai strategi Malaysia terhadap perancangan perjanjian TPP berikutan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Jelasnya, pindaan itu akan memastikan undang-undang negara dikemas kini berdasarkan perkara yang dipersetujui dalam rundingan.

Mustapa berkata undang-undang itu adalah hasil kajian semula domestik berterusan bertujuan mengukuhkan dan mengemas kini beberapa undang-undang bagi memudahkan perdagangan dan memenuhi obligasi antarabangsa.

Katanya, walaupun perjanjian itu tidak ditandatangani sekalipun, Malaysia akan meneruskan usaha untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara terlibat seperti Mexico dan Kanada.

Pada 19 November lepas, semua 12 pemimpin negara-negara TPP telah bertemu di Lima, Peru untuk melihat perkembangan terkini proses domestik mereka masing-masing ke arah ratifikasi. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedTPPTPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

Tiada Jaminan Isteri Daim Tidak Akan Larikan Diri: TPP

13/03/2024
0

Pihak pendakwaan berhujah bahawa tiada jaminan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin tidak akan melarikan diri, justeru mahkamah jenayah perlu...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd