• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Diseru Terlibat Dalam Arus Pembangunan Negara

oleh
19/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tunku Panglima Besar, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah menyeru rakyat agar sentiasa terlibat dalam arus perdana pembangunan negara, agar tidak ketinggalan seiring dengan perubahan zaman.

Baginda bertitah, hal ini bagi memastikan ‘tiada rakyat yang tertinggal dan tiada rakyat yang terpinggir’.

“Saya menyeru kepada semua agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) digembleng bersama-sama setiap kali melibatkan program yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Sinergi antara kerajaan, swasta, NGO dan rakyat adalah wajar dipupuk serta perlu ada kesinambungan dan disemarakkan secara berterusan,” titahnya sempena Karnival 70 tahun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan dan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, kesedaran masyarakat mengenai hak dan keperluan warga emas, OKU dan kanak-kanak perlu dipupuk di setiap jiwa masyarakat kerana golongan tersebut mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.

“Kebelakangan ini penganiayaan terhadap kanak-kanak dan pengabaian terhadap warga emas sering dilaporkan di dada akhbar.

Justeru perkara ini perlu dicegah dan anggota masyarakat perlu sensitif dan cakna dengan pergolakan atau aktiviti tidak sihat yang berlaku di sekeliling mereka,” kata Suraya.

Mengenai JKM, beliau berkata sepanjang 70 tahun penubuhannya, jabatan itu telah menjalinkan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi kerajaan, syarikat korporat, NGO dan orang perseorangan.

JKM juga telah menjadi rakan strategik kepada KFC Holdings, Maybank dan sedang bekerjasama dengan Giatmara dalam aspek pembangunan kemahiran.

Ia melalui pemberian Sijil Kemahiran Malaysia kepada kanak-kanak di institusi JKM dan pelatih Perintah Khidmat Masyarakat,” katanya.

Majlis sambutan 70 tahun JKM Kedah bermula 14 Dis lalu dengan Talentime Orang Kelainan Upaya yang diadakan di Kompleks Penyayang Sungai Petani, disusuli dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil di Keriang Hill, Alor Setar.

Acara kemuncak hari ini menggabungkan tiga kumpulan sasar JKM iaitu warga emas, kanak-kanak dan OKU, bertemakan ‘Kesepaduan Antara Generasi, Memperkukuhkan Inklusiviti’. – BERNAMA

Tags: PembangunanTan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd