• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Brunei Setuju Kurang Kerenah Birokrasi

oleh
15/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Kerenah bikorasi melibatkan perjalanan darat di antara Malaysia dan Brunei akan diselesaikan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata kerajaan Brunei secara prinsip bersetuju untuk menyelesaikan isu birokrasi di sempadan bersama dengan Malaysia menerusi penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal.

“Jawatankuasa teknikal ini mengkaji kaedah mempermudahkan perjalanan darat tanpa semakan pasport,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan lapan pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM12.5 bilion di sini hari ini.

“Perkara ini sedang diteliti dan mungkin kita akan dapat kata putus tidak lama lagi,” katanya.

Najib berkata sekarang rakyat Malaysia terutama sekali di Sarawak dan Sabah serta rakyat dari negara Brunei terpaksa melalui lapan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) yang ada di Sarawak, Sabah dan Brunei.

Beliau berkata keadaan ini menyebabkan pasport pemilik yang sering berulang-alik antara Sarawak, Sabah dan Brunei dicop sebanyak 16 kali.

Mengenai pembinaan Jambatan Batang Lupar, perdana menteri berkata jambatan sepanjang lima kilometer tersebut dijangka dibina pada 2018 dan perbincangan dengan kerajaan negeri sedang dijalankan memandangkan kos pembinaan ditanggung bersama dengan kerajaan persekutuan.

“Kos dianggarkan RM1 bilion dan bila siap akan menjadi antara jambatan terpanjang Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata apabila siapnya jambatan tersebut, Sarawak bakal mempunyai dua lebuh raya yang akan memberi faedah kepada penduduk di pesisiran pantai dan pedalaman negeri ini.

Jambatan itu, kata Najib, akan menjadi sebahagian lebuh raya pesisir Sarawak yang akan menghubungkan penduduk kawasan pesisiran pantai Sarawak manakala Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan kawasan pedalaman Sarawak. – BERNAMA

Tags: birokrasiBruneiNajib Tun Razaksempadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

27/01/2025
0

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan pemantauan di sempadan, susulan dua suspek kes bunuh seorang pegawai kanan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd